Thursday 22 June 2017

Remaja hari ini

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Cuba lihat remaja hari ini, senang sekali dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial dan pergaulan bebas. Mohon doakan tidak terjadi  kepada anak-anak remaja kita sendiri.  Namun jika kita ingin remaja hari ini menjadi baik, kita yang dewasa ini juga perlu betulkan sikap dan nilai diri kita sendiri.

Kadang kala, kenakalan remaja berpunca dari kita juga sebagai role model mereka ini.
Bagaimana kita orang dewasa kadang kala menjadi penyebab kenakalan remaja dewasa ini. Saya sekadar kongsikan satu sketsa persekitaran biasa yang saya lihat hampir hari-hari.

Saya pernah bekerja di sebuah kolej swasta.  Dikalangan pensyarah di kolej ini, saya memang senior sedang yang lain-lain samada baru mula kerjaya  di bidang pekerjaan atau mereka yang dalam umur golongan belia.  Kerana saya senior, mereka memang hormat pada saya dan saya sendiri jarang ambil tahu atau menyertai kebanyakan program-program mereka.  Bukanlah saya seperti kera sumbang, tetapi kerana saya merasa ada yang tidak kena berkaitan pergaulan mereka sesama kakitangan.  Dan majoriti kami di sini adalah beragama Islam.

Saya kongsikan sedikit persekitaran biasa di kolej ini. Mungkin juga banyak berlaku dimana-mana kolej dan premis pekerjaan pun.  Bilalah kita akan berubah? Hati saya selalu seperti meronta-ronta ingin menegur. Tapi, bagaimana cara terbaik perlu dilakukan?

Tahukah kita Islam telah mengajar batas pergaulan antara bukan muhrim. Semuanya untuk mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Kalau untuk remaja tentu sekali dapat mengelak dari berlakunya gejala sosial seperti pergaulan bebas.  Hanya remaja yang nampak hala tuju matlamat kehidupan sahaja yang selamat dari budaya pergaulan bebas ini. Yang lain-lainnya , seperti buta jantina. Perempuan dan lelaki sama sahaja. Bertepuk tampar dan bergurau senda seperti suatu kebiasaan bagi remaja yang dikatakan moden dan up to-date.   Ini yang selalu saya lihat berlaku di kalangan pelajar-pelajar kolej. Lalu, tidak hairan lah kalau ada anak luar nikah pernah dilahirkan oleh sisiwi dari kolej ini.  Sedih melihat dan mengenangkan  hakikat ini.

Jadi, apakah peranan kita sebagai orang yang lebih dewasa?
Bagaimana pula jika pergaulan benas berlaku dikalangan belia  dan pertengahan yang berumur antara 25 ke 35 tahun.  Siapakah mereka ini?  Samada mereka masih bujang, maupun mereka isteri dan suami orang. Mengapa golongan seperti ini pun terdedah kepada pergaulan bebas? Jika di kolej, sesetengah dari mereka adalah merupakan pendidik. Sepatutnya mereka menjadi contoh ikutan yang baik. Budaya apakah yang boleh remaja contohi dari mereka yang selalu lalai dan leka ini. Mungkinkah golongan belia dan pertengahan juga tidak cukup merasa keseronakan dan kelpaan zaman remaja mereka dulu?   Adakah kerana pengaruh media atau mereka sepattnya  perlu segera menoleh kepada apa yang Islam ajarkan.

Tidak hairan lah dewasa ini banyak betul terjadi kemasukan orang ketiga yang menganggu gugat kerohanian dalam rumahtangga. Semuanya kerana kemesraan yang dibajai setiap hari bersama orang ketiga atas faktor bekerja di tempat yang sama.  Aduhai, saya sendiri melihat  situasi seperti ini sering berlaku di depan mata.  Tidak kira mereka bujang, mereka isteri atau mereka adalah suami seseorag, cara berbual, cara berkomunikasi dan bermesra persis seperti lupa status masing-masing.. Paling penting sekali sebenarnya  mereka sangatlah lupa batas-batas aurat dan pergaulan dalam Islam.


Bagaimana boleh menjadi contoh kepada para remaja hari ini  atau pelajar di kolej ini? Saya selalu melihat tatkala berada di kolej tempat saya bekerja ini, nun di tepi sudut sana, si dara bujang dan si suami orang beranak satu sedang dengan mesranya menonton You tube . Asyik  sekali walaupun mereka berada di tempat terbuka di dalam ofis.  Sesekali  terdengar sang suami orang itu memanggil si dara dengan panggilan sayang. Aduhai sakit mata melihat.  Sakit lagi hati jika si isteri kepada suami tersebut, melihat situasi ini.  Katanya, mereka tidak ada membina apa-apa hubungan, tapi itu sekarang bagaimana kelak, jika terus bermesraan seperti itu? Bukankah itu petanda bakal kacau bilau sebuah institusi rumahtangga nanti..

Di satu sudut lain pula, si janda beranak satu dan si lelaki beranak tiga pun sedang asyik berbual-bual dan berbincang mesra persis suami isteri.  Mungkinlah agaknya si lelaki ketika itu sedang lupa isteri dan anak-anak  bertiga di rumah. Selalu benar kelihatan mesra berdua.  Dan yang lain-lain juga  lelaki maupun perempuan bila berurusan , bila berbual, bila bergurau persis seperti kawan-kawan sejantina.

Aduhai adik-adik semua.  Kembalikan kepada apa yang Islam ajarkan.  Jika anda generasi belia dan pertengahan ini tidak mengambil berat tentang etika pergaulan lelaki perempuan, bagaimana pula generasi anak-anak anda nanti.  Bagaimana pula para remaja melihat anda sebagai contoh yang harus diikuti.
Suami orang, isteri orang, ingat ya siapa anda?
Ingat juga ya, semakin ramai anak-anak luar nikah dilahirkan dan dibuang begitu sahaja.


Salah siapakah sebenarnya?

Sunday 18 June 2017

Aspek keselamatan di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Kanak – kanak merupakan nadi utama kepada sesebuah institusi TASKA. Premis TASKA juga merupakan tempat di mana perkembangan dan tahap kebolehan kanak-kanak dikenalpasti dan digilap. Pelbagai aspek pendidikan harus dititikberatkan merangkumi aspek fizikal mahupun rohani yang lebih komprehensif agar lebih menyeluruh.

Namun begitu, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak pengusaha mahu pun pendidik. Ia merupakan satu aspek yang penting di mana kanak – kanak ini lebih mudah terdedah kepada bahaya tidak kira di mana sahaja. Antara aspek keselamatan di TASKA yang harus diberi perhatian ialah dari aspek penyediaan persekitaran yang kondusif,  keselamatan pencegahan kebakaran  dan keselamatan diri semua individu yang berada di dalam TASKA.

Sering kali kita lihat di media elektronik, media cetak mahu pun media sosial, kanak – kanak menjadi mangsa dalam pelbagai kemalangan yang boleh berlaku di TASKA tanpa disedari. Oleh itu, kemahiran dalam mengendalikan aspek keselamatan dan juga latihan dalam mengawal waktu kecemasan sangat penting diterapkan di kalangan personel di setiap TASKA. Misalnya, setiap TASKA wajib menjalankan  program  latihan kebakaran untuk semua kakitangannya dan juga kanak – kanak yang berada di TASKA tersebut.adalah amat penting di semua tempat amnya dan di TASKA khasnya. Ini bagi menyediakan diri mereka lebih bersedia dan tidak mudah panik ketika menghadapi situasi berkenaan.

Ini menjadi kayu ukur akan kepentingan untuk menyertai latihan kebakaran untuk kanak – kanak yang disertai oleh personel TASKA itu sendiri. 

Menurut laporan Borneo Post Online, terbitan 2 November 2016, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad telah berkata “Kami sedar kanak-kanak adalah kumpulan yang paling ramai dalam masyarakat kita menyebabkan kebakaran berlaku dan menjadi mangsa,” Ini menunjukkan bahawa kanak – kanak ini lebih mudah terdedah kepada bahaya di persekitaran mereka. Oleh itu, pihak TASKA harus mengambil tindakan yang lebih produktif untuk mengekang masalah ini.

            Bermula di peringkat pengusaha TASKA sendiri, sesi penerangan hendaklah dijalankan kepada semua personel termasuk kanak – kanak ini tentang punca – punca kebakaran. Selain itu, kita hendaklah mengenal pasti akan tempat yang mudah terbakar terutama sekali di dapur, Seperti yang dipetik dalam keratan akhbar Berita Harian bertarikh 28 Febuari 2017, Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program pendidikan keselamatan yang direka khusus untuk meningkatkan kesedaran mengenali bahaya, punca, pencegahan kebakaran yang sewajarnya dipraktikkan. Kaedah yang sama boleh diterapkan kepada setiap TASKA dengan mewajibkan aktiviti penerangan tentang keselamatan, langkah – langkah pencegahan, punca dan cara untuk menyelamatkan diri dari kebakaran boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Berdasarkan pada kenyataan di atas, pihak TASKA boleh menyediakan polisi keselamatan yang merangkumi semua aspek termasuk langkah keselamatan kebakaran bagi kanak – kanak. Antara langkah lain yang telah diambill ialah:

  • Menyediakan SOP pengendalian aspek keselamatan di TASKA
  • Menyediakan persekitaran kondusif, peralatan dan kemudahan keselamatan keseluruhan TASKA.
  • Memberi penerangan tentang peralatan dan perkakas yang berbahaya dan mudah terbakar
  • Memastikan kanak – kanak sentiasa dalam pengawasan pengasuh
  • Menampal pelekat bahaya kepada alatan yang berbahaya
  • Tidak meletakkan peralatan dan perkakas yang berbahaya di tempat yang mudah digapai oleh kanak – kanak
  • Melakukan sesi simulasi menyelamatkan diri dari kebakaran dari semasa ke semasa di bawah seliaan pihak berwajib.
  • Menyediakan pelan tindakan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
  • Menyediakan tempat berkumpul kepada semua kanak – kanak dan personel apabila berlaku kebakaran
  • Menyediakan pemadam api mudah alih di dalam TASKA.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          








Friday 16 June 2017

Aktiviti Perkembangan Kognitif

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Aktiviti Perkembangan Kognitif

Dengan perkataan mudah, maksud Perkembangan Kognitif dikaitkan dengan sejauhmana kanak-kanak berfikir secara logik menggunakan minda dan intelektual untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

Kali ini, saya bukan ingin menghuraikan dengan terperinci definisi Perkembangan Kognitif. Anda boleh dapatkan melalui 'google' definisi Perkembangan Kognitif ini.  Kali ini saya akan kongsikan 2 aktiviti yang boleh dijalankana untuk menggalakkan Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak di bawah 6 tahun.

Dalam kontek kurikulum PERMATA NEGARA yang digunapakai di TASKA, Perkembangan Kognitif boleh dipecahkan kepada 2 bidang perkembangan pembelajaran, iaitu;

1. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
2. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. 

JOM LIHAT AKTIVITI PERKEMBANGAN KOGNITIF;




Tajuk Aktiviti : Cantum bentuk segiempat

Objektif Aktiviti : Kanak-Kanak boleh mengenali bentuk segiempat. 

Pelaksanaan Aktiviti: Minta kanak-kanak cantumkan bentuk-bentuk empat segi menjadi sesuatu corak, misalnya menjadi permainan teng-teng.  Fokus utama ialah untuk memperkenalkan bentuk-bentuk segiempat kepada kanak-kanak.

Objek berbentuk segiempat di perbuat daripada kotak dan diwarnakan serta dicorakkan dengan beberapa warna dan corak yang sama.  Dari sudut aktiviti kognitif, anda juga memperkenalkan warna kepada kanak-kanak. Selain dari itu, sebelum kanak-kanak membentuk Teng-Teng,  kanak-kanak juga boleh belajar mengasingkan bentuk segiempat mengikut warna.

*******************************************************************************







Aktiviti seterusnya....


Tajuk Aktiviti : Gelung besar, gelung  kecil

Objektif Aktiviti :  Kanak-kanak boleh membezakan gelung bersaiz besar dengan gelung bersaiz kecil.

Pelaksanaan Aktiviti :

Keluarkan gelung-gelung yang mempunyai 2 saiz iaitu saiz besar dan kecil.  Gelung diperbuat daripada kertas yang dibentuk seperti gelung dan ditampal dengan selotep.
Letakkan gelung-gelung tersebut di depan kanak-kanak dan minta kanak-kanak asingkan gelung saiz besar dan saiz kecil.  Beritahu dengan jelas kepada kanak-kanak perbezaan keduannya.  Jika kanak-kanak yang lebih besar, mungkin anda boleh sediakan pelbagai jenis saiz yang berbeza.

Seterusnya, boleh teruskan aktiviti dengan bermain baling gelung ke muncung botol-botol mineral kosong telah telah siap di hias.


Untuk kedua-dua aktiviti di atas, sesuaikan cara pelaksanaan aktiviti (mudah dan sukar) mengikut umur dan tahap kebolehan kanak-kanak.



NAK DAPATKAN IDEA AKTIVITI KANAK-KANAK MELALUI BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK ?

DAPATKAN PELBAGAI IDEA MELALUI

ebook 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK




Dapatkan EBOOK RPA yang lengkap sekarang.
























































Sunday 4 June 2017

Kolaj Pasir Laut

Oleh: Nor Azura Ismail
Image : Koleksi peribadi.


Salam.sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi idea membuat aktiviti kreatif yang boleh  dijadikan aktiviti bersama kanak- kanak iaitu kolaj pasir laut. Idea aktiviti ini boleh dijalankan di TASKA atau TADIKA.

Kebetulan, baru- baru ini saya ada kendalikan satu program luar bersama.pelajar saya di tepi laut. Jadi, saya ambil kesempatan minta pelajar-pelajar saya bawa balik pasir laut tersebut. Saya beritahu pelajar yang saya akan ajar mereka buat aktiviti dengan menggunakan pasir laut ini.
Belum.buat lagi, tapi mereka sudah rasa teruja.


Bahan- bahan.
1. Pasir Laut
2. Gam.putih
3. Warna air
4. Sudu atau batang pengacau.
5. Mangkuk kecil
6. Kertas lukisan.


Cara buat:
1. Bahagikan pasir dalam beberapa bekas@mangkuk kecil.
2. Letak sedikit warna berlainan dalam.setiap bekas berisi pasir tadi.
3. Kacaukan campuran pasir dan warna tadi hingga sebati.
4. Hasil pasir yang telah diwarnakan ini memamg cantik.
5. Ambil kertas lukisan, lukiskan satu objek.
6. Tenyehkan gam putih pada gambar dan mula.ratakan pasir berwarna pada objek tersebut.
7. Biarkan kering










 untuk tempahan, 0167235080
Harga RM 40