Thursday 22 October 2015

Tidur dan rehat untuk kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Tidur dan rehat adalah rutin harian yang penting yang perlu dimasukkan dalam jadual aktiviti harian kanak-kanak di sesebuah TASKA. Maksudnya kanak-kanak di TASKA perlu diberi  tidur @ rehat yang mencukupi setelah penat menjalankan pelbagai aktiviti di waktu paginya di TASKA.

Tidur@rehat yang mencukupi  akan dapat mencergaskan semula kanak-kanak yang keletihan, menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat dan juga boleh mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak dijangka  ketika menjalankan aktiviti kerana keletihan. Tidur dan rehat yang cukup juga dapat mengelakkan kanak-kanak terutamanya yang berumur 1- 2 tahun membuat kerenah atau meragam.

Kebiasaannya di TASKA rutin tidur dan rehat ditetapkan diantara pukul 12.30 tengahari ke pukul 3.30 petang. Jika anda pernah ke TASKA atau lalu di hadapan TASKA pada waktu ini, pasti anda akan dapati TASKA tersebut sunyi sepi dari suara kanak-kanak. Mengapa? jawapannya kerana semua kanak-kanak telah pun di tidurkan hinggakan dengan pengasuh pun mungkin turut tidur sekali.

Tidur dan rehat memang penting. Persoalannya, adakah tidur dan rehat menjadi rutin yang wajib di TASKA?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak TASKA dalam mengendalikan rutin tidur dan rehat untuk kanak-kanak di TASKA ini. Pihak TASKA perlu peka dan ambil tahu tentang hal ini. Antaranya,

1. Tidur bukanlah suatu perkara yang wajib. Dengan kata lain pihak TASKA TIDAK BOLEH memaksa kanak-kanak  untuk tidur apatah lagi jika kanak-kanak itu berumur  5 - 6 tahun. Saya pernah melihat situasi di mana pengasuh marah kepada kanak-kanak yang tidak mahu tidur. Pengasuh paksa anak-anak untuk pura-pura tidur dan tutup muka mereka dengan selimut. Pengasuh malah marah jika kanak-kanak cuba bangun dan ingin melakukan aktiviti sendiri.

Apa yang dilakukan oleh pengasuh ini adalah tidak betul sama sekali. Kanak-kanak yang lebih besar yang mungkin tidak mahu tidur sepatutnya diajak untuk merehatkan diri sambil melakukan aktiviti senyap di ruang lain atau di tempat tidur mereka yang tidak menganggu kawan lain yang sedang tidur. Kanak-kanak perlu diminta untuk tidur ATAU BEREHAT mengikut situasi keadaan mereka.

Anak saya yang  berumur 6 tahun dan sedang  mendapatkan perkhidmatan transit di TASKA sering mengadu dan mengeluh tidak mahu ke TASKA selepas waktu TADIKA. Bila di tanya mengapa, dia mengatakan sebaik tiba ke TASKA selepas diberi makan tengahari , cikgu memaksanya tidur dan tidak membenarkan anak saya untuk melakukan aktiviti lain walaupun melihat buku TADIKAnya. Kasihan kan kanak-kanak.




2. Walaupun TASKA telah menetapkan waktu tidur dan rehat dalam jadual, akan tetapi apakah yang patut pengasuh lakukan jika kanak-kanak  menunjukkan reaksi awal untuk tidur atau berehat.
Hal ini baisanya terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 1-2 tahun lebih-lebih lagi jika kanak - kanak tersebut baru sahaja memasuki  umur 1 tahun.

Apa yang pernah saya lihat, sebolehnya pengasuh tidak mahu kanak-kanak tidur di luar waktu yang ditetapkan . Alasannya kerana nanti bila tiba  waktu tidur yang telah ditetapkan, kanak-kanak tersebut tidak mahu tidur lagi. Pengasuh tidak mahu bersusah terpaksa melayan kanak-kanak yang tidak mahu tidur.

Sepatutya, apabila kanak-kanak telah tunjukkan reaksi seperti keletihan atau meragam kerana mengantuk, pengasuh perlu bawa kanak-kanak tersebut ke ruang rehat atau tidurkan anak itu sebentar.

3. Seperkara lagi yang ingin saya utarakan ialah peranan pihak TASKA untuk menyediakan persekitaran tempat tidur dan rehat yang kondusif untuk kanak-kanak ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kondusif? Maksudnya persekitaran tidur dan rehat tersebut perlulah sesuai, selesa dan selamat untuk kumpulan umur kanak-kanak.

Contohnya jika kanak-kanak sekadar ditidurkan atas tilam, pastikan tilam diletakkan atas ,'soft mat' yang sesuai apatah lagi jika lantai TASKA sejuk. Pada TASKA yang mempunyai kemampuan , bolehlah menyediakan 'stackle cot' ini.

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com




No comments:

Post a Comment