Wednesday 7 October 2015

AMALAN ASUHAN YANG POSITIF UNTUK BAYI

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspotcom




- BAYI anda satu anugerah dan juga satu amanah dari Tuhan untuk dijaga, dikasihi, dibelai, diasuh dan dididik dengan sumpurna supaya mereka membesar menjadi individu yang hebat di atas muka bumi ini.

Satu cara utama untuk menjadikan bayi sebagai individu yang hebat bila dewasa kelak ialah melalui amalan asuhan yang positif yang mereka perolehi dari anda sebagai ibu bapa@pengasuh yang menjaganya. Nilai amalan asuhan yang positif untuk bayi  juga sangat perlu diaplikasikan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA. Ini selari dengan peranan pengasuh@pendidik untuk mengasuh,  membimbing dan mendidik bayi sepanjang mereka berada di TASKA. Amalan asuhan yang positif untuk bayi sangat memberi kesan yang positif kepada perkembangan bayi sedari awal lagi..

Mereka yang paling dekat dengan bayi iaitu ibu dan juga pengasuh bayi adalah mereka yang paling utama menerapkan amalan asuhan yang positif untuk bayi ini.

Apakah nilai-nilai  amalan asuhan yang positif yang boleh diamalkan di TASKA maupun di rumah? Antara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

- Berikan žKASIH SAYANG yang sepenuhnya kepada bayi - Bayi sangat memerlukan dakapan, pelukan dan sentuhan anda  setiap masa.

- Sentiasa memastikan segala keperluan asas bayi dipenuhi dengan baik.

- Berlaku adil kepada semua bayi yang di jaga terutamanya untuk bayi yang diasuh di TASKA.

ž- Jangan lupa untuk berinteraksi dengan bayi semasa mengendalikan bayi, Contoh waktu mandi atau ketika beri bayi makan. Berinteraksilah  melalui bercakap, membaca dan bercerita.

ž- Anda perlu sentiasa buat eye contact dengan bayi,  bersuara dengan nada suara yang lembut dan kasih sayang.Jjangan sesekali menjerit pada bayi. 

- žMemberi pujian atas usaha bayi, contoh apabila bayi berjaya melakukan sesuatu aktiviti. 

ž- Sentiasa menyanyi bersama bayi, Bacakan @ perdengarkan selawat dan zikir sewaktu hendak tidur. Bayi memang sangat sukakan bunyi-bunyian yang lembut dan menenangkan.


- Merangsang pemikiran kreatif dan logik bayi . Anda boleh jalankan pelbagai aktiviti bersama bayi. Anda bukan sekadar mengasuh bayi tetapi anda perlu membantu menggalakkan aspek perkembangan bayi.

- Urutan sangat baik untuk mendekatkan anda dengan bayi selain ia turut mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk bayi anda. Oleh itu, jangan lupa žmengamalkan urutan bayi  mengikut kesesuaian dan kesediaan bayi. Urutlah bayi setiap kali selepas mandi dengan teknik urutan yang betul.
- Menjadi tanggungjawab anda sebagai pengasuh dan ibu bapa untuk menyediakan žpersekitaran yang kondusif untuk asuhan dan didikan bayi anda. Kondusif maksudnya persekitaran bayi diasuh perlulah sesuai, selesa dan selamat untuk bayi membesar.
ž
- Sesekali bawa bayi bersiar-siar di luar rumah maupun di luar TASKA. Beri peluang bayi menikmati dan meneroka  persekitaran luar rumah @ TASKA.
ž
ž- Adalah juga menjadi tanggungjawab anda sebagai pengasuh apatah lagi sebagai ibu bapa untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan pemakanan seimbang


ž- Dalam memberi pendidikan awal kepada bayi, pengasuh dan ibu bapa perlu tahu aktiviti yang sesuai untuk membantu menggalakkan perkembangan bayi anda. Apa yang penting bukan sejauh mana objektif aktiviti dapai dicapai oleh bayi tetapi penekanan perlu pada proses aktiviti tersebut dijalankan.

ž- Tidak memaksa bayi melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Contoh ada ketikanya bayi tidak mahu diurut, jadi janganlah anda menganngu emosi bayi dan terus juga mengurut bayi walaupun bayi menunjukkan ketidakselesaan.
ž
ž- Banyakkan aktivitii melalui bermain untuk membantu menggalakkan perkembangan, bakat dan potensi bayi. Bayi akan banyak belajar melalui bermain
ž
Ok, telah saya kongsikan beberapa amalan asuhan yag positif untuk bayi anda. Ada banyak lagi amalan positif untuk bayi yang boleh anda amalkan ketika anda mengasuh dan mendidik bayi. Semuanya terpulang kepada kemahuan anda.
ž
Sebagai pengasuh dan ibu bapa memperbanyakkan lagi ilmu kemahiran pengasuhan dan pendidikan anak-anak ini supaya anda boleh terus mengaplikasikan pelbagai lagi amalan yang positif ini demi untuk kebaikan bayi anda.

Terima kasih kerana membaca teks ini.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment